Dipimpin untuk memimpin
4 Mac 2010 - penulis kembali bersama rakan-rakan seperjuangan bagi menjayakan kem jati diri pengawas sek. men LKTP kahang timur - satu program yang belum pernah disentuh oleh team kami sejak pengaktifan kami sekitar tahun 2005.. Perjalanan kami kali ini bermula sekitar jam 5 petang mskipun janji awalnya pada jam 12 tghari. Penantian sememangnya satu penyeksaan! Dek kerana dijanjikan, maka penulis tidak membawa kenderaan ke pejabat. Hanya menumpang rakan sepejabat yang tinggal berhampiran. Akibatnya, terpaksa menunggu hingga ke petang. Kami hanya tiba di lokasi sekitar jam 8 malam. Selesai menikmati sedikit makan malam, kami bergerak mencari telur ayam dan seterusnya pulang bagi membuat 'bom' dan 'peluru' .. agak hebat bunyinya bukan? seolah-olah kali ini berada di kem pengganas. Terbentang dihadapan penginapan kami lautan luas China Selatan. Bahan masih belum cukup rupanya. Terpaksa keluar lagi mencari sirap dan tepung ubi. Akhirnya kembali sekitar jam 1 pagi. Urusan ha