Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 6, 2022

Al kisah khutbah negara hujung selatan

Jumaat 7 Muharram 1444 Jumaat pertama dalam tahun baharu  selepas 1444 tahun hijrah baginda Rasul  ﷺ . Mungkin sudah dua minggu tajuk khutbah negara hujung tanah begitu bersemangat 'menyerang' golongan yang didakwa terkeluar dari pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran Asyairah dan Al Maturudiah. Bagi ahli agama negara hujung tanah, menentang atau lebih halus, mempersoalkan acara doa akhir dan awal tahun serta mempertikaian bacaan tahlil yang 'wajib' dilaksanakan tanpa gagal di masjid dan surau kelolaaan mereka saban minggu boleh dianggap 'tergelincir' dari pegangan akidah  Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran Asyairah dan Al Maturudiah. Perkara seumpama ini jika diperhalusi akan menjadi gelak tawa dari kalangan ahli ilmu sahaja. Mana mungkin amalan yang bersifat furu' ini boleh dianggap sebagai perkara yang mencacatkan pegangan akidah? Mereka juga menyenaraikan golongan yang mempertikaian bacaan qunut antaranya adalah golongan yang cuba membawa perpecahan dalam ne