Internet broadband semakin lembab?
Sejak semalam...lebih jelas lagi malam semalam, apabila penulis cuba melayari laman sesawang dan ketika penulis cuba untuk update blog ini, kelihatan line yang dihalalkan untuk medium penyaluran hanyalah perkataan HSDPA sahaja. Tidak diketahui ke mana perginya talian 3G yang dijanjikan awal-awal langganan dahulu. Penulis terpaksa mematikan lina beberapa kali dan kemudiannya menyambungkan kembali dengan penuh harapan...namun masih berkeadaan yang sama. Mujurlah jawapan ada di http://www.acapmanan.blogspot.com/ Setelah mengenalpasti petua dan mengikut apa yang dicadangkan, ya..ianya lebih baik daripada semalam... Alangkah moleknya kalau penggunaan jalur lebar ini diberikan kepada rakyat secara percuma ataupun bayaran yang paling rendah...Jika benarlah kita ini ingin agar seluruh masyarakt dapat menggunakan kemudahan jalur lebar ini secara meluas.. Sayangnya, masih lagi terdapat hotel dalam negara yang bersidat kedekut untuk memberikan kemudahan wifi percuma kepada pelanggan.