Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 24, 2014

Jumaat Akhir 1435

Imej
Tengahari Jumaat 29 Zulhijjah, hari terakhir dalam tahun 1435 mengikut kalendar hijriah. Manakala tatkala tenggelam matahari saat petang nanti, maka bermulalah kiraan tahun baru hijriah 1436. Seperti kebiasaan, sambutan maal hijrah nanti pada keesokan harinya akan dibuat secara formal, dengan kehadiran Ketua Agama beserta kepimpinan negara. Ada anugerah tokoh maal hijrah. Ada dendangan lagu ketuhanan. Mungkin ada syarahan perdana dari ilmuan Islam tersohor tetapi terpilih oleh kerangka politik dan kesempitan pemahaman mazhab, mengikut selera pengurus agama... Khutbah saat ini menyaksikan salah seorang dari dua orang ulama tersohor juga terpilih, di bandar kecil, ditengah negeri Gapura Selatan memberikan khutbah dengan tajuk hijrah 1436 jua.  Dinyatakan mengenai sejarah perjuangan Rasul SAW dan kegetiran tatkala berada di Makkah selama 23 tahun. Pernah Nabi SAW cuba untuk diracun tatkala menikmati daging kambing dimana daging itu sendiri memberitahu baginda bahawa ada racun pad

Edisi siasat : Ada lagi surau berhantu?

Imej
Satu malam penulis agak tergesa² mencari ruang untuk menyempurnakan solat Isya. Berdasarkan kepada pengalaman lepas, kawasan tersebut ada mempunyai sebuah surau yang agak terpencil.  Maka bergegas penulis memandu laju ke kawasan lokasi surau tersebut. Sudahlah jalan ke lokasinya agak berliku, nah akhirnya tiba jua. Namun.. "Eeh...gelap...? " Sayang sekali. Rumah Allah itu dibungkus kegelapan dan kesunyian. Kemana pergi ahli jamaahnya? Kemana pula perginya AJK nya? Ada lagi surau berhantu di kota gemilang ini... Pengurus agama apa khabar? Bersandarkan kepada lokasi, di sini terdapat sebuah taman dan juga flet kakitangan kerajaan. Meskipun muslim tidak begitu ramai di kawasan taman, mengapa warga flet juga enggan turun? Siapakah yang bakal menanggung dosa meninggalkan sebuah kewajipan kifayah? GAMBAR CONTOH