Melaka bertakbir
Malam 1 Rajab 1440 selepas hijrah ar rasul Penulis dan anak² bergerak menuju ke melaka. Perjalanan bermula sekitar jam 7 malam. Cuaca agak mendung tatkala itu. Ketika masuk ke Yong Peng, hujan mula turun mencurah dan semakin melebat. Syukur kerana Allah masih menurunkan hujan dalam kegersangan cuaca monsun barat daya yang mengering. Sehingga tiba di Pagoh, hujan masih melebat. Lori adalah kenderaan yang paling banyak merajai lebuhraya. Kami tiba di hotel MTIC sekitar jam 9.30 malam. Kami kemudian keluar untuk makan di tepian sungai Melaka. Harga makanan amat mahal di situ. Di sekitar masjid kampung hulu. Keesokkan harinya, kami check out sekitar jam 12.30 tengahari. Singgah solat Jumaat di masjid al azim. Selesai imam membacakan doa selepas solat, terdengar kalimah "Takbiir!!" Disambut oleh laungan Allahu Akbar yang melemah. "Takbir!!" kali kedua Laungan Allahu Akbar semakin lemah dan hampir tidak kedengaran, Ingatkan ada perhimpuna