Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 15, 2012

kedai makan orang kita

Imej
Penulis sememangnya kerap makan di kedai-kedai makan sama ada sarapan pagi ataupun makan malam dek kerana masa untuk memasak adalah terhad. Oleh yang demikian, penulis kerap menemui pelbagai karenah pelayan yang berada di kedai-kedai makan ini. Kita mungkin acapkali dipertemukan dengan pelayan yang melayan kita secara biasa ..  iaitu yang sabar menunggu kita membuat pesanan. Kadang-kadang kita mengambil masa yang agak lama untuk membuat pesanan hingga menyebabkan pelayan terpaksa menunggu agak lama untuk kita membuat keputusan. Ada juga pelayan yang kita lihat agak kurang sabar apabila menunggu kita membuat pesanan. Ianya merupakan fenomena yang biasa kita temui. Kita boleh membaca dari gerak isyarat tubuh badannya yang kelihatan sedikit resah .. Tetapi yang paling melukakan ialah apabila kita duduk di bangku dan meja yang disediakan, kita diperlakukan seolah-olah tidak wujud di tempat tersebut hingga memakan masa lebih dari lima minit barulah muncul seseorang dengan soalan bia