Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 15, 2012

Bengkel oh bengkel...

Hujung minggu kali ini, penulis diarahkan untuk menyertai bengkel  di Hotel yang terletak menghadap ke Selat Tebrau, dan boleh nampak daratan dari negara di seberang.  Perjalanan penulis hanya bermula selesai solat Jumaat di masjid menara nan sebatang. Penulis menumpang kenderaan sahabat penulis yang merupakan salah seorang penguasa di jabatan lain. Kami transit di Simpang Renggam untuk bertukar kenderaan dengan bonda beliau. Kemudian, kami bergerak menuju ke Kukup untuk mengambil barang yang tertinggal dan kemudian menuju ke Johor Bahru dengan melalui jalan Pontian.  Cuaca agak baik dan kami selamat tiba di hotel sekitar jam 6.30 petang. Kami terus menikmati hidangan di dewan makan dengan beberapa jenis lauk melayu dan juga kuih serta puding pencuci mulut. Naik ke bilik dan kemudian menyempurnakan solat jama’ . Sekitar jam 9.00 malam, kami bergerak turun untuk memulakan program.  Dewan telah dipenuhi dengan ahli yang merupakan pakar-pakar akademik yang terdiri daripada pro

Pertanian Ayer Hitam kembali ceria

4-6 Mei 2012, minggu pertama Mei ini disambut meriah di kawasan kem pertanian ayer hitam Kluang. Sudah agak lama tidak berkunjung ke mari untuk melaksanakan program. Sejak munculnya tahun 2012 inilah pertama kali program di adakan di kawasan ini. Kali ini peserta yang menyertainya agak ramai. Menjejak ke angka 100. Didatangkan dari dua sekolah rendah yang berbeza. Cuma tenaga fasi agak terhad. Tiada kembar 2S. Tiada ungkapan tuan haji K. Hanyalah sahabat-sahabat biasa. Kedatangan PH juga tidak penuh. KF dipegang oleh Hj Din Selaku KK, penulis dibantu oleh sahabat PS... Program hanya bermula sekitar jam 1530 dengan lontaran taklimat oleh penulis. Ini diikuti oleh solat Asr. Usai solat, pembahagian kumpulan dengan bantu TKK. Kemudian ice breaking oleh kapitan Zai. Menjelang jam 6.30, ice breaking tamat. Peserta diminta masuk ke bilik untuk bersiap dan berkumpul kembali jam 6.45. Menjelang 6.45, KK sempat menikmati mandi di air pancuran. Peserta perempuan masih gagal muncul dengan