Kenapa masih enggan berjamaah?
Mungkin telah banyak sekali entry penulis berkaitan dengan tajuk di atas. Sebenarnya penulis merasa agak kehairanan dengan sahabat-sahabat yang masih tidak mahu menyertai solat berjamaah walhal mereka sudah berada di lokasi yang sememangnya membolehkan mereka untuk berjamaah...? Sebagai contoh, dua orang pemuda saling mengenali bercadang untuk mengerjakan solat di sebuah kompleks membeli belah. Didapati ada seseorang yang lebih senior sedang menyediakan diri untuk solat berseorangan. Salah seorang pemuda mempelawa senior tersebut mengimami solat. Senior itu langsung tidak respon sama ada dari segi mimik muka mahupun isyarat lain. Dia terus mengambil sehelai tikar sejadah lantas bergerak ke ceruk agak terpencil dan memulakan solat. Si pemuda terpinga-pinga lalu mengambil keputusan untuk solat berseorangan..begitu juga sahabatnya.. Ini antara fenomena aneh yang berlaku. Fenomena lain, dua orang pemuda juga yang langsung tidak kenal mengenali, masuk ke sebuah musalla untuk solat. Mereka b