Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 28, 2012

Sekolah yang menarik...

Menjelang Jumaat yang hitam, penulis diarah untuk hadir menjalankan bakti di salah sebuah sekolah yang kelihatan begitu berprestij di kawasan organisasi penulis. Penulis tiba agak lewat disebabkan beberapa perkara besar yang perlu diuruskan. Meskipun penulis telah dinobatkan selaku kem komandan, namun terdapat kem komandan II yang bakal menjalankan tugas di sepanjang kelewatan penulis. Tatkala tiba, TG sedang menjalankan aktiviti Ice Breaking. Ini adalah pemadangan pertama penulis melihat aktiviti ini dilaksanakan oleh TG. Penulis hanya duduk sambil disambut oleh KKII dan juga tuan A. Perbualan berkisar mengenai tragedi yang menimpa diri penulis. Menjelang jam 6 petang, penulis mengarahkan peserta berkumpul di dataran belakang surau. Ada agenda yang perlu dilaksanakan. Kebanyakan peserta tidak membawa bersama mereka barang amanah yang telah diserahkan. Mereka meninggalkannya di bilik penginapan sementara masing-masing. Penulis telah berbincang dengan KKII untuk mendenda mereka deng

Ramadhan 5

Hari ini agak sibuk di pejabat dengan tugasan mencetak 3 jilid besar kertas kerja untuk dibawa ke mesyuarat peringkat tertinggi. Malang jugs kerana pada cetakan jilid terakhir mesin pencetak buat hal. Kertas menjadi tersedak-sedak di tekak mesin pencetak tua itu. Maka terpaksa pula mencetak di mesin rakan bersebelahan bilik. Sebaik sahaja siap, apabila hendak dihantar untuk penjilidan, tauke jilid telah pulang. Maka terpaksa menunggu hingga selesai waktu rehat tengahari. Seawal jam 2 petang, tauke penjilidan masuk dan lebih kurang 30 minit kemudian penjilidan dapat disempurnakan. Kami kemudian bergegas ke pejabat menilai kertas kerja. Terpaksa pula menunggu pegawai penilai yang mempunyai tugasan lain di luar pejabat. Mujurlah lokasinya hampir. Kemudian, selesai penilaian, setelah mendapat surat kelukusan untuk membolehkan kertas kerja di bawa ke dalam mesyuarat tersebut, terpaksa pula membawa bersama dokumen kertas kerja lain untuk simpanan di pejabat. Dokumen setinggi separuh keti

Ramadhan tujuh

Keadaan masa bangun pagi masih sama. Tidak sempat untuk bermunajat kepadaNya. Hanya sempat makan sahur sahaja. Tidakkah kita faham bahawa ada insan yang tidak dipedulikan olehNya. Dibiarkan sahaja tanpa sebarang pemerhatian dariNya. Umpama seorang ibu yang merasa marah terhadap anaknya. Dibiarkan sahaja tanpa ditegur..apa sahaja perbuatannya didiamkan sahaja. Tetapi makan pakainya disediakan seperti biasa. Itu pun sebenarnya sudah cukup sengsara bahi srorang anak. Jadi bagaimana pula hal keadaannya bagj seorang hamba yang tidak langsubg dihiraukan oleh TuhanNya? Tentu sahaja lebih sengsara. Segala keperluan rezeki dijamin. Tapi rintihan sang hamba tidak dihiraukan. Hamba tergolek terlentang dibiarkan sahaja. Nah...itulah yang dirisaukan oleh penulis. Adakah Dia telah membiarkan penulis terus tenggelam dan syok sendiri?  Adakah puasa hamba ini diterima atau dilontarkan ke dalam lautan? Urusan di pejabat pada pagi ini ialah mesyuarat. Penulis merupakan urusetia mesyuarat yang tela

Ramadhan ke enam

Keadaan bangun pagi agak genting sekitar jam 5.15 pagi dan seperti sebelumnya, hanya sempat makan sahur sahaja. Pejabat pada hari ini disibukkan dengan gerak kerja menghantar kertas kerja ke pejabat yang menjadi urusetia mesyuarat. Berpagi-pagi telah menghadap mesin pengimbas untuk mengimbas muka hadapan kertas kerja yang memaparksn tandatangan tiga manusia yang paling berkuasa di organisasi. Kemudian mengejar penilai pertama untuk mendapatkan borang penghantaran kertas kerja. Sambil itu memasukkan soft copy ke dalam cakera padat. Akhirnya setelah segalanya selesai segera ke pejabat berkaitan bersama penilai pertama. Setibanya dokumen yang tebal sebanyak tiga volume itu ke pejabat berkaitan, urusetia mahukan soft copy dalam bentuk pdf pula. Adus....nak marah pun tak boleh kerana kami agak lambat memajukan kertas kerja tersebut, jadi hanya mampu menabur janji untuk menghantar pada hari ini juga selewat-lewatnya menjelang petang... Kami kemudiannya menuju ke bengkel kereta bagi membu