Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 19, 2014

Balada seorang PPT

Imej
Ini kisah seorang PPT. Bukan seorang pegawai besar. Tetapi bukan pula seorang kerani ... PPT ini singkatan kepada satu bentuk jawatan. Nak masuk kerja dengan gred dan gelaran jawatan ini cukup dengan mengemukakan sekeping salinan diploma. Kalaupun tidak ada salinan ini, sesalinan keputusan peperiksaan kenaikan pangkat, sekiranya sedang berkhidmat sebagai kerani. Pabila dilantik akan diberikan gred 27.  Di beberapa jabatan di peringkat daerah misalnya, PPT memiliki kuasa yang agak besar, dengan ruang kerja juga yang agak melebar. Di suatu jabatan di daerah sebuah negeri beraja, pakcik dan makcik nak masuk jumpa CC je pun dah menggigil. CC dah dianggap 'orang besar' dalam sesuatu jabatan. Apalagi hendak bertemu dengan PPT. Lagilah menggelabah. CC tu ape pulak? CC tu singkatan kepada perkataan orang putih...yang menjajah tanah melayu. Kalau dalam alih bahasa disebut sebagai kerani besar, atau sesetengah lokasi pejabat memanggil akan dia ketua kerani. Nanti akan diceritakan di