Catatan

Tunjukkan catatan dari September 13, 2010

Syawal kali ini adalah syawal hantu...

Sejak daripada malam hari raya lagi, peti televisyen yang terletak di suatu sudut di rumah majoriti penduduk Malaysia dihidangkan dengan kisah-kisah seram dan ianya lebih menonjol di siaran televisyen berbayar. Pelbagai kisah seram sama ada dari indonesia mahupun Malaysia cuba disogokkan untuk tatapan para penyambut hari raya. Mungkin tidak ramai yang sempat menonton siaran-siaran di televisyen dek kerana kesibukan melayan tetamu atau kesibukan kita menziarahi sanak saudara. Namun tatkala berbual-bual sambil menikmati juadah, mata sekali sekala mengerling juga ke srin TV apabila timbul adengan-adengan yang agak menarik perhatian. Penulis sebenarnya agak pelek dengan kecenderungan penerbit televisyen untuk hari raya kali ini. Adakah mereka telah dipengaruhi oleh program hantu lapar yang menjadi tradisi masyarakat Cina yang berkebetulan menyambutnya dalam masa yang sama, lalu menimbulkan ilham adunan 1 Malaysia dan tumbuhkan pepohon filem seumpama ini untuk hidangan Muslim yang sedang ha

Syawal ke tiga

Syawal ke tiga menyaksikan kehadiran sepupu sebelah arwah ayah yang memenuhi ruang tamu yang terdiri dari 3 keluarga. Kemudian, kami bergerak pula ke Kg Bukit Larang Melaka untuk menziarahi datuk saudara. Rombongan kami tiba sekitar jam 3 petang. Datuk saudara kelihatan masih sihat meskipun sudah menggunakan tongkat. Beliau merupakan adik bungsu seibu sebapa dengan arwah datuk. Beliau tinggal di Singapura namun ada rumah di Melaka. Acara di sana dipenuhi dengan xtvt makan-bersembang. Menjelang Asr, nenek saudara yang tinggal di Selandar pula muncul. Beliau juga merupakan adik beradik seibu sebapa dengan arwah datuk penulis. Usai solat, kami bergerak ke JJ di Ayer Kroh. Bergerak pulang sekitar jam 7.45 dan tiba di rumah sekitar jam 11 malam

2 syawal

Perancangan 2 syawal ialah bergerak ke BP sebagaimana lazimnya. Namun sekitar jam 12, masih belum bergerak. Ada pula tetamu yang hendak muncul. Ziarah dahulu Tok Mat di hadapan rumah. Beliau merupakan sahabat kepada arwah atuk. Antara orang lama yang berada di permukiman ini. Bercerita mengenai para penyewa yang berperangai pelik. Bapa saudara isteri juga muncul selepas zuhur. Maka kami hanya dapat bergerak sekitar jam 3 petang. Namun kesesakan lalulintas bermula dari Manong dan berakhir di Ayer Hitam amat mencabar kesabaran. Hampir sejam kami terperangkap. Akhirnya berhenti untuk solat Asr di Jamek Sultan Ibrahim. Tiba di rumah bapa saudara di Kg Tambak sekitar jam 5.30 petang. Sungguh ramai yang ada. Namun tatkala kami tiba, kesemua tetamu beransur pulang. Kami bergerak ke Pt Ibrahim dan tiba tatkala Maghrib. Solat di jamek dan bergerak ke rumah yang dituju namun hampa, tiada sesiapa di sana. Perjalanan diteruskan ke rumah tok arif yang merupakan adik bungsu arwah nyai (nenek) sebela

Sisipan 1 Syawal 1431

Syawal menjelma kembali. Subuh didatangi oleh sejumlah jamaah namun jumlahnya tidak dapat menandingi suasana 1 Ramadhan yang baru sahaja berlalu pergi. Usai solat Subuh, Imam mengadakan tahlil arwah. Solat sunat eid fitr dihadiri oleh sejumlah ahli qaryah. Namun yang mampu mendengar khutbah tidaklah dapat ditandingi dengan kuantiti yang menghadiri solat. Ianya sedikit menyusut. Adakah kerana isi khutbah yang hambar, atau gaya penyampai khutbah yang memualkan, tidak dapat pula dipastikan. Namun, sebelum khutbah berakhir, hujan agak lebat membasahi bumi. Usai khutbah, tahlil sekali lagi diadakan. Itu merupakan satu perkara yang sudah diadakan sejak turun temurun di surau ini. Tatkala pulang dari surau, adik ke tiga dari KL telah tiba di rumah bonda. Dia bertolak dari KL jam 5 pagi dan akan pulang semula pada hari yang sama. Sekitar jam 11 pagi, penulis dan keluarga bergerak ke rumah mertua. Acara di rumah mertua ialah makan-makan. Hari raya adalah hari makan-makan dan ketawa... Usai sola