Kenapa kita enggan berjamaah?
Penulis mengamat-amati bahawa kebanyakan muslimin mutakhir ini amat kurang keazaman dan kemahuan mereka untuk mendirikan solat secara berjamaah. Jika dilihat dan dikaji serta diselami dikebanyakan surau dan masjid yang ditadbir oleh JK yang dilantik oleh Majlis Agama Negeri masing-masing di seluruh Malaysia, boleh dikatakan hampir keseluruhan berdepan dengan masalah yang sama - Kekurangan manusia yang mahu memakmurkan rumah-rumah Allah sekurang-kurangnya 5 waktu sehari semalam. Apakah sebenarnya masalah yang membelenggu umat Islam kini sehinggakan mereka menjadi kurang bersemangat untuk memakmurkan rumah-rumah Allah? Adakah dengan memberikan indikasi hampirnya zaman kepada kiamat membuatkan kita umat Islam membiarkan sahaja masjid dan surau dibelenggu kekosongan? Apakah motivasi yang diberikan oleh baginda Rasulullah SAW lebih 1,400 tahun lampau tidak mampu membangkitkan semangat kita untuk menghidupkan rumah-rumah Allah ini? Terlalu banyak motivasi yang telah diberikan oleh Junjungan