Catatan

Tunjukkan catatan dari April 8, 2016

Kalau hadir mesyuarat kena buat perkara ini!!

Imej
Mungkin ada di kalangan kita yang biasa hadir untuk mesyuarat. Sama ada sebagai wakil bos, ataupun sebagai wakil pejabat, ataupun selaku wakil organisasi, ataupun sememangnya itu merupakan tugas hakiki kita. Tidak dinafikan ramai di kalangan kita yang kurang gembira untuk hadir mesyuarat. Lebih-lebih lagi jika kita dipaksa untuk mewakili bos kita. Bos pula jenis suka berwakil wali tanpa mengira jenis mesyuarat. Kalau mesyuarat tersebut antara orang biasa yang selevel jawatan atau lebih kurang dari kita, atau tinggi sedikit sahaja dari kita, mungkin hati tidak terlalu gusar. Tetapi pabila kita diminta mewakili bos yang dihadiri oleh ketua-ketua jabatan dan dipengerusikan oleh yang nombor wahid dalam organisasi, rasa cemas dan risau juga. Cemas kerana di kalangan ahli mesyuarat, semuanya adalah dari kalangan bos-bos sahaja. Tiada yang berjawatan selevel kita. Kedua, jika ditanya oleh pengerusi akan sesuatu yang diluar jangkaan.Tentu berpeluh seluar untuk menjawabnya. A