Aspirasi pengawas
Rupanya agak sukar untuk sesebuah sekolah harian memilih pelapis pimpinan pelajar. Pencarian pelajar yang benar-benar berwibawa dan berdisiplin kerap menemui jalan buntu. Acapkali sekolah menengah harian tersilap memilih pelapis menyebabkan sekolah akhirnya kecewa dengan pilihan mereka sendiri. Mungkin ada teori lain yang boleh digunapakai. Para guru kerap beranggapan pelajar yang bermasalah tidak bolehndibentuk lagi. Mereka selalunya dipinggirkan dari arus perdana dan dijauhkan dari memakai uniform pengawas, atau apa-apa sahaja pimpinan peringkat pelajar. Sekolah penulis pada 1992 pernah memecah rekod dengan memilih pelajar yang dianggap 'taiko' sebagai pengawas. Majlis warden sekolah telah membuat keputusan yang agak mengelirukan apabila memilih kebanyakan taiko selaku pengawas. Ironinya, pilihan mereka bukanlah suatu kesilapan. Geng taiko ini telah membuktikan bahawa apabila mereka diberikan tanggung jawab, mereka menyahut cabaran dan berubah menjadi role model dikalangan