Team building dan kita
ASKAR PENCEN MENERIMA SEDIKIT CENDERAHATI 6 Julai 2012 organisasi penulis buat pertama kalinya mengadakan program team building yang dijenamakan kepada program mengeratkan ukhwah sesama ahli organisasi. Maka sekitar jam 10 pagi, seramai lebih kurang 60 orang ahli telah merelakan diri mereka untuk beserta dalam keadaan 'sukarela' dan juga ada yang 'terpaksa direlakan' menaiki bas menuju ke destinasi, jeti feri Tanjung Leman Mersing. Penulis menunggu di stesen jalan Mersing Kluang sejak jam 10.30 pagi dan bas hanya tiba sekitar jam 11.30 pagi disebabkan mereka bermiqat di Jentayu yang mengambil masa agak lama . Kami singgah di stesen minyak berhampiran felda tenggaroh mersing sekitar jam 2 petang setelah gagal mendapatkan masjid untuk solat Jumaat. Kemudian, sekitar jam 3.20 petang, kami tiba di jeti dan solat jama. Kami menaiki bot laju untuk menju ke pulau Sibu. Ini merupakan pertama kali penulis menjejaki pulau tersebut. Dan kenaikan bo