Malam Hari Raya
Sebaik sahaja selepas waktu iftaar tiba, belum sempat Maghrib diselesaikan, dentuman mercun sudah memenuhi keheningan dan kekosongan ruang, menerjah gegendang telinga, sama ada secara terpaksa ataupun redha, mengalahkan alunan takbir dan tahmid yang lewat kedengaran, itupun sayup sahaja...Itu adalah suasana di malam eidul fitr. Meskipun Malaysia menyambutnya lewat sehari daripada pengumuman penyimpan mohor besar, namun suasana kemeriahan sambutan syawal sebagaimana adat secara turun temurun, khususnya di malam raya adalah tidak dapat dinafikan dengan dentuman mercun. Mungkin pada suatu ketika dahulu bunyi dentuman meriam buluh menjadi penyeri di malam hari raya, namun pada zaman yang dikatakan agak moden ini, bunyi dentuman dari buluh-buluh yang telah diubahsuai itu telah digantikan dengan bunyi letupan mercun. Malam hari raya pada kali ini tidak diserikan dengan acara lawatan ke rumah mertua sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Ianya digantikan dengan acara 'lawatan' ke bandar.