Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 6, 2019

SKT Tahun baru : Recycling or what?

Seperti awal tahun sebelumnya, setiap organisasi akan menetapkan SKT - Sasaran Kerja Tahunan untuk dijadikan matlamat yang perlu dicapai pada akhir tahun kelak. Sebagaimana biasa, ketua pejabat atau organisasi akan membuat penetapan SKT untuk tahun tersebut. Namun pernahkah kita terfikir, sebagai seorang Muslim, apakah pernah kita menetapkan SKT tahunan kita? Mungkin kerana berlatar belakang pendidikan umum di negara semenanjung emas, ditambah dengan keadaan semasa dan persekitaran, kita kerap mendengar secara stereotype akan ungkapan azam tahun baru pada saban tahun. Dan pada akhir tahun, kita kerap di hidangkan pula dengan azam yang tidak dapat dilaksanakan. Keazaman remeh seperti hendak mengurangkan berat badan, sehingga membian sebuah empayar perniagaan adalah antara yang disogokkan kepada khalayak saban tahun. Namun selaku seorang muslim, pernahkah kita membuat penetapan SKT untuk diri sendiri? Adakah masjid yang diurus oleh mukmin itu ada membuat SKT tahunan m

Kasut Besar Seluar Besar : Ragaman 2019

Imej
Tatkala murid lain bersemangat meneruskan sesi persekolahan dengan pakaian dan kasut baharu, muncul kisah sedih di utara semenanjung emas akan seorang murid sekolah yang masih bersemangat ke sekolah meski hanya memakai seluar besar dan kasut besar kepunyaan abangnya. Semangat ini menarik perhatian gurunya untuk membantu.  Ironinya, menurut bapa murid tersebut, bantuan zakat diterima oleh keluarga mereka, namun pada tahun ini ianya tidak lagi diterima... “Anak-anak saya faham keluarga mereka susah” – Bapa murid pakai kasut, seluar besar ke sekolah Januari 5, 2019   by  laci kopak Beruntung dapat anak  yg sangat memahami keperitan hidup ibu bapa. Peribahasa hendak seribu daya tak mau meribu dalih ini tepat menggambarkan semangat seorang murid darjah tiga di sebuah sekolah rendah di Sungai Petani, Kedah yang tetap ke sekolah meskipun terpaksa memakai kasut dan seluar sekolah bersaiz besar yang sudah lusuh Semangat kental Mohd Akib Jebat Hasni, 9, atau lebih mesra disa