Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 10, 2011

Hijrah Ramadhan?

Pagi ini agak hangat dengan kisah pindah. Di rawikan dari bilik bos bahawa perpindahan yang dijadualkan pada minggu hadapan ditangguhkan lagi. Maka timbullah pelbagai pandangan dan reaksi negatif dan positif. Bagi yang telah tenggelam dalam keghairahan dan birahi untuk pindah, angin juga datang menyapa. Tanpa disedari terpacul juga perkataan-perkataan yang boleh memanaskan telinga bagi yang hinggap di telinga nipis itu (tapi tiadalah perkataan itu berbentuk rafas, caci carut dan sebagainya. Penulis berangapan bahawa jadual perpindahan ke pejabat baru masih jauh lagi. Silap2 selepas eid ataupun selepas kemasukan pelajar baru. Namun itu semua terserah kepada kebijaksanaan pihak pentadbir. Penulis bukanlah duduk di unit pentadbiran am pejabat. Jadi tiadalah pandangan dan pendapat penulis yang diperlukan oleh mereka. Penulis hanya diamanahkan bagi menjaga unit akademik, yang dilihat sebagai unit utama atau 'core bussines' di fakulti. Jadi biarlah urusan pindah ini diserahka