Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 14, 2010

Ramadhan 3

Jumaat yang gilang gemilang dan bercahaya. Keadaan jamaah Subuh masih tidak berubah mahupun bertambah.. Khutbah Jumaat berkisar mengenai Ramadhan juga. Tiga martabat orang yang berpuasa disentuh iaitu puasa awam, puasa khusus dan puasa khususul khusus. Jamaah diseru agar menjadikan puasa khususul khusus sebagai matlamat puasa yang ingin dicapai untuk tahun ini. Benar jua...jika kita mahu meningkatkan gaji kita setiap tahun, mahu meningkatkan prestasi kerja kita setiap tahun, mahu menambah kuasa beli setiap tahun, namun kualiti ibadah kita biarkan sahaja di takuk lama. Puasa seqadar menahan lapar dan dahaga semata-mata. Mata masih meliar melihat kemaksiatan. Mulut masih becok bergosip dan berbual kosong, tangan masih meneruskan usaha penaburan fitnah dan pelbagai jenis kemaksiatan yang dilakukan demi mengisi masa lapang yang biasanya digunakan untuk minum pagi atau makan tengahari sewaktu di pejabat. Biasa kita mendengar sewaktu adanya perbualan berunsur mengumpat, tatkala kita cuba men

Ramadhan 2

Imej
Penulis masih bercuti...Memandangkan cuti tahunan masih banyak lagi sedangkan tahun 2010 hanya tinggal lebih kurang empat bulan sahaja lagi... Subuh Ramadhan ke 2 masih tidak kurang meriahnya meskipun jumlahnya sudah mula menyusut. Zuhur sebagaimana biasa kerana hari bekerja, manakala waktu Asr bilangan kembali bertambah...harapnya bukan kerana motivasi bubur lambuk.. Kebanyakan masjid dan surau di Malaysia akan menyediakan bubur lambuk sepanjang Ramadhan untuk diagih-agihkan kepada anak qaryah. Ianya solah-olah satu pesta wajib yang dilaksanakan dan kadang-kadang dijadikan perbandingan rasa di antara surau dan masjid, yang mana paling lazat untuk dijadikan hidangan 'tambahan' sewaktu berbuka. Bagi golongan fuqara wal masakin, itulah juadah utama mereka.. Walau bagaimanapun, ianya turut dikomersialkan di bazar2 Ramadhan... Maghrib jemaah kian menyusut...Isyak ianya kembali bertambah....Namun selepas lapan rakaat tarawih, jumlahnya mula menjadi sekitar tiga saf sahaja Ya Allah..