Catatan

Tunjukkan catatan dari September 23, 2014

Kalaulah Umar masih ada...

Imej
Tatkala pulang dari melaksanakan beberapa urusan, jam di dashboard kereta isteri telah menunjukkan 12.25 tengah malam. Tatkala dihentikan di lampu isyarat berhadapan panggung wayang lama,kelihatan dua buah motosikal jenis cup biasa berhenti dihadapan. Sebuah ditunggangi oleh dua gadis remaja. Sebuah lagi oleh dua pemuda. Motor sang pemuda melintang dihadapan kereta isteri penulis dek kerana 'tertarik' kepada motosikal tunggangan sang gadis. Dari perlakuan dan tindak tanduk mereka ternyata mereka sudah kenal.. Dan apabila lampu bertukar hijau, kedua jentera ringan itu bergerak bersama, sambil kedengaran sorakan daripada rakan² yang sedang dihentikan dek lampu isyarat di simpang lain... nampak meriah sekali gitu... Terfikir di benak penulis,bagaimana ibu-bapa sang gadis tadi boleh memberikan kebenaran lisan kepada mereka untuk keluar bermotosikal di tengah malam buta tanpa sebarang pengawasan yang kukuh? Kalaupun ibu-bapa gadis tadi disoal siasat oleh krew terjah, te