Sesak setiap petang
Menjelang jam 5.00 petang, lalulintas utama di pekan kecil yang kelihatan semakin membangun akan mula menghadapi kesesakan lalu lintas. Hal ini sejak beberapa minggu lepas menjadi semakin tidak terkawal. Beberapa tahun sebelum ini, kesesakan jarang berlaku di laluan ini. Tetapi sejak berdirinya dua lampu isyarat yang kununnya diperjuangkan oleh pimpinan setempat, ianya mula mengundang masalah kesesakan. Bayangkan saudara terperangkap selama hampir 15 ke 30 minit setiap hari tatkala pulang dari kerja dari sebuah pekan kecil yang terlalu kerdil jika hendak dibandingkan dengan bandaraya Johor Bahru....apalagi ibukota negara!! Namun itulah delema yang terpaksa dihadapi setiap hari. Dikatakan bahawa wakil rakyat tempatan memegang portfolia yang agak penting di persada negara. Mungkin beliau tidak mendapat infornasi yang tepat. Mana mungkin dia nampu berada setiap hari di pekan yang menjadi nadi dalam kawasan yang diwakilinya itu. Tentu tugas pemantauan rakyat akan diserah kepada orang kep