Ramadhan datang lagi
1 Ramadhan 1430 .. Akhirnya .. syukur alhamdulilah Allah masih lagi memberikan kita kesempatan untuk sekali lagi menyambut kehadiran Ramadhan ..bulan penuh keberkatan dan maghfirah .. Hati agak terusik dengan lagu Ramadhan 2 zaman yang sering berkumandang di radio IKIM sejak hari-hari terakhir Syaaban .. Entah bila kita akan mula memperkasakan lagi diri untuk meningkatkan tahap puasa kita .. Bukankah Al Ghazali telah menyatakan bahawa puasa manusia itu terbahagi tiga .. Puasa orang awam yang hanya menahan lapar dan dahaga, serta menahan dari melakukan perkara2 yang membatalkan puasa namun masih terjebak dengan dosa-dosa mata, lidah, telinga dan sebagainya .. Inilah puasa yang disifatkan dalam sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud, " Berapa ramai manusia yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa2 dari puasanya melainkan lapar dan dahaga.." Puasa org khusus yang berpuasa dengan menahan diri dari melakukan perkara2 yang membatalkan puasa dan juga menahan anggota2 lain dari melakuka