Blogger ramai pengikut : Apa asbab utama?
Mungkin dalam beberapa waktu kebelakangan ini ramai bloggers muncul bak cendawan selepas hujan. Cumanya blog yang ditempa dari laman-laman percuma ini ada kalanya aktif untuk ditulis oleh sang penulis. Ada yang hanya hangat2 tahi ayam. Ada yang istiqamah namun tiada pengikut yang ramai. Namun ada juga yang sangat ramai pengikutnya. Mereka ada trend tersendiri. Kenapa diwujudkan blog? Apa FB atau tweet2 tak cukup kah? Blog boleh ditulis dengan banyak perkara berbanding ruang FB atau tweet atau sebagainya yang agak terhad. Di laman blog, penulis bisa meluahkan emosinya, ataupun melepaskan kemarahannya. Bahkan ada juga yang menggunakan blog dengan tujuan politik buat meledakkan apa sahaja ketidakpuasan hatinya terhadap parti tertentu. Namun ada juga blog yang dibina atas dasar perniagaan. Bagaimana menambah pengikut? Ya banyak cara yang telah dibincangkan pada laman blog atau laman web lain. Namun pada pandangan penulis, ada beberapa tarikan yang menyebabkan blog yang dibina