Edisi terjah : Kepelikan acara solat Jumaat yang terus diulang
Setiap lelaki mukallaf dari kalangan kita pasti ada pengalaman mengerjakan solat Jumaat, tanpa mengira apa darjat dan keturunan, pangkat dan jawatan, gred gaji dan juga pendapatan perkapita, asal dilahirkan sebagai muslim lelaki, tentu pernah mengerjakan solat Jumaat. Cuma yang membezakan kita sama ada dilakukan setiap Jumaat, atau setiap dua minggu sekali, atau mungkin sebulan sekali, atau mungkin setahun sekali, atau mungkin seumur hidup sekali, atau semasa zaman kanak² kerana mengikut rakan taulan. Acara solat Jumaat di masjid² dalam darul islam semenanjung emas dan juga kepulauan borneo biasanya akan berlaku dengan perkara² berikut; 1. Bacaan yang dipanggil tazkir, yang mana ianya berlainan daripada bacaan tarhim sebelum solat Subuh (hanya di nusantara). Teks bacaan boleh dirujuk daripada buku atau biasa dipanggil kitab yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama gapura selatan. Ianya dibaca dengan kuat di corong² masjid beberapa ketika sebelum azan pertama; 2.