Ramadhan itu semakin menggamit
Hari ini terakhir rejab 1435. Menjelang terbenam mentari, syaaban muncul menandakan tetamu selepasnya sudah semakin hampir. Diriwayatkan bahawa Nabi SAW memperbanyakkan puasa sunat dalam bulan syaaban dan dikatakan apabila nabi saw berpuasa dalam bulan syaaban, seolah-olah ia tidak berbuka dan apabila ia berbuka seolah-olah baginda tidak lagi berpuasa. Apakah persediaan kita menjelang kira-kira 29 atau 30 hari lagi menjelang ramadhan? Adakah kita sudah mula melatih diri untuk bangun malam bagi menghidupkan malam ramadhan yang penuh keberkatan atau masih sibuk menyusun irama dengkur yang terasa semakin enak dan panjang? Adakah kita sudah mula melatih diri untuk puasa sunat atau sibuk memenuhi perut dengan pelbagai makanan kunun sebagai persediaan awal buat menahan puasa sebulan? Dalam tempoh ini, eloklah kita membuka kitab dan juga bicara berkaitan ramadhan, hukum yang berkaitan, amalan yang boleh mendatangkan redha Allah dan sebagainya yang berkaitan. Kita mungkin su