Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 17, 2012

Lama tak nampak..?

Imej
Perkataan pertama yang muncul dari rekahan bibir salah seorang imam di surau qaryah kami pabila terpandang wajah suram penulis sambil menggengam erat kedua tangan penulis. Pertanyaan itu begitu bermakna dan mendalam bagi penulis. Ada benarnya kata-kata beliau. Sudah agak lama juga penulis jarang berjamaah di surau qaryah. Kalau sempatpun, tidak sampai bersalaman, penulis dah angkat kaki. Dua tiga minggu ini agak sibuk dengan urusan duniawi. Berjamaah di merata lokasi. Bagi orang-orang di surau kecil qaryah, kehilangan salah seorang jamaah dianggap satu kerugian. Ini kerana jamaah sedia ada dan boleh istiqamah tidak sampai dua saf. Itupun kerana saf tidak sepanjang saf di masjid jame'. Kalau sepanjang masjid jame' sudah barang pasti jamaah tetap tidak sampai separuh saf pertama..!! Kegersangan jamaah solat sememangnya sudah mencapai tahap yang agak kritikal. Fenomena ini berlaku hampir dikeseluruhan masjid di dunia. Memetik kata-kata tuan guru kiyai suhaili dalam kuliah maghrib