Isra' mikraj dan pengajarannya
Lewat maghrib semalam, kebanyakan masjid dan surau di jazirah melayu akan menyambut ulangtahun isra miraj Nabi SAW pada suatu malam yang dipercayai dalam bulan rejab malam yang ke 27 (tarikh ini bukanlah tarikh sebenar mengikut pandangan ulama namun diterima pakai sebagai tarikh rasmi sambutan di jazirah melayu).. Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Penulisan ini bukan bertujuan untuk membahaskan tarikh manakah yang sebenar berlakunya peristiwa tersebut. Apa yang penting, kepercayaan dan keyaqinan Muslim terhadap berlakunya perkara tersebut yang merupakan salah satu elemen aqidah yang penting. Ulama menyatakan bahawa pada pagi harinya selepas peristiwa besar itu, baginda SAW telah berdiri di bukit S