Deklarasi rakyat : Kemana akhirnya?
Petang Jumaat minggu lepas, kita dikejutkan dengan pengisytiharan deklarasi rakyat oleh Tun M dan para pendukung beliau, termasuk para mantan musuh politik beliau sendiri yang mana intipati utama deklarasi itu adalah menuntut agar PM sedia ada meletak jawatan. Namun deklarasi tidak menyatakan secara jelas akan siapakah yang bakal menggantikan PM itu. Maka berdengunglah para politikus kedua-dua pihak, sama ada yang menyokong atau menentang. Seperti biasa, para pahlawan dan panglima penjaga PM bertempik keras menyatakan bahawa tindakan tersebut langsung membelakangkan lunas-lunas demokrasi. Ada yang menyatakan bahawa Tun M hanya mahu menobatkan anaknya menjadi PM. Kenyataan ini agak kelakar kerana anak Tun M, Mukhriz hanya berkerusi DUN di kawasan negeri Kedah. Adakah ADUN mampu menjadi PM? Bukankah AP sahaja yang boleh? Walau apapun kata semua orang, deklarasi telah ditandatangani. Tun M, Mukhriz, mantan TPM, mantan presiden MCA era Tun turut hadir di samping barisan kepimp