Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 13, 2010

Dari W27 ke N27 volume III

Imej
GAMBAR HIASAN Bertugas di pejabat agama seolah-olah mendapat satu penghormatan yang besar di mata masyarakat, lebih-lebih lagi penduduk di kawasan perkampungan. Kebanyakan mereka mengkultuskan pekerja di situ dengan beranggapan bahawa para petugas ini adalah merupakan golongan ulama yang berilmu. Jika tidak, masakan mereka boleh menjawat jawatan tertentu di pejabat agama yang dianggap sebagai masjid itu ... Maka kerani, penolong pegawai penaksir juga dilabel sebagai ustaz meskipun kelulusan masuk adalah diploma dalam bidang pentadbiran, ataupun SPM biasa yang tiada kaitan dengan 'basic' pendidikan agama sebagaimana yang difahami oleh masyarakat secara amnya. Oleh yang demikian, maka pergerakan, akhlak dan pergaulan mereka sering diperhatikan dan sekiranya muncul sekelumit kesilapan, meskipun sebenarnya hanya kecil, akan diperbesar-besarkan dan dijadikan 'contoh' .. "orang pejabat agama buleh buat, nape kita tak buleh?" Maka secara umumnya yang bertugas di peja