Rajuk tak sudah - fenomena apa?
Sekarang ini semakin ramai yang bakal merajuk ( menunjukkan rasa tidak senang (dng mendiamkan, tidak mau bergaul) kerana mungkin tidak terpilih sebagai salah seorang calon pilihanraya. Tapi ada juga yang merajuk kerana ideanya ditolak mentah-mentah ataupun separuh masak. Dalam satu pasukan, sememangnya wujud pelbagai ragam dan karenah. Walau dalam pasukan atau gerakan apa pun, sama ada gerakan dakwah, gerakan politik, belia bahkan dalam pasukan kerja sekalipun. Maka apabila idea yang dilontarkan tidak mahu diterima pakai, maka ada kemungkinan sang pemberi idea akan merasa jauh hati dan merajuk. Ada kalanya, idea yang dilontarkan sering dikritik, ataupun terlalu banyak campur tangan asing yang dibuat pada idea yang telah dikemukakan. Maka rajuk akan datang. Ada juga segelintir manusia yang merajuk apabila ditegur. Kalaupun sebenarnya yang menegur itu hanya sekadar hendak memberikan sedikit pandangan. Rupa-rupanya segala yang dilakukan pantang dikritik. Maka ia akan merajuk dan