Bila nak kerja empat hari seminggu?
27 Zulhijja 1444 Semangat menulis ni turun naik ikut mood. Kekadang semangat nak menulis, tapi alatan pulak tak cukup, seperti note book rosak (dah hampir sebulan tersadai di kedai), tiada wifi dan sebagainya. Ataupun idea datang tatkala sedang memandu. Mana nak ditulis ide tu kan? Hari ini dek kerana ketiadaan kenderaan rasmi yang menghantar ke pejabat, penulis terpaksa rela membawa kenderaan sendiri merentas lebuh raya sejauh kira² 91km dari kediaman sehala menuju ke pejabat. Sebaik selesai menghadap mesin touch in di dinding batu, penulis keluar mencari kedai makan bertujuan untuk tapau nasi goreng kambing yang biasa penulis ziarah kedai dan menikmati juadah tersebut kiranya berkelapangan. Nasi goreng kambing di kedai ini harga murah (RM10.00-tempat lain maybe tak dapat) dan bukan harga rahmah kerana sejak sebelum PRU lagi harganya sama. Lokasi di dalam kawasan parlimen PM9. Sementara menanti nasi disiapkan, penulis duduk dan secara tiba² muncul seorang tenaga pengajar yang tadinya