Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 16, 2012

Penghulu : Pengalaman emas dalam kehidupan singkat

Imej
Penulis menjawat jawatan selaku penghulu mukim tidak begitu lama. Tidak sampai pun tempoh setahun. Betullah seperti ramalan nakal penghulu mukim 8..penghulu pertama yang bertugas dalam satu mukim dengan penulis. Beliau meramalkan bahawa penulis tidak akan lama bertugas selaku penghulu. Tatkala ia melafazkan perkataan berbau sumpahan itu, penulis hanya tersenyum di dalam hati. Tidak terlintas pula dalam fikiran penulis untuk meninggalkan jawatan tetap seperti ini. Ya ..mungkin kebanyakan di antara kita gagal untuk mentafsir tugas sebagai seorang penghulu. Kebanyakan di antara kita beranggapan bahawa Penghulu itu adalah ketua kampung manakala ketua kampung itu adalah penghulu. Tafsiran tersebut adalah terlalu sempit dan salah sama sekali!! Ketua kampung atau istilah di negeri Darul Ta'zim ini dikenali sebagai Pak Naib...yang sebenarnya bermakna Naib Penghulu, merupakan manusia yang dilantik oleh Pejabat Daerah dengan sokongan dan dokongan ADUN untuk mengetuai beberapa buah kampun