Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 20, 2017

Melayu di Tanah Melayu

Imej
Bangun pagi, seusai solat, bersegera menatap peti televisyen bagi menantikan berita jam 7 TV3 kegemaran, punca dan sumber utama berita negara. Kisah biasa yang dipaparkan, kemalangan di sana-sini, projek terbengkalai di Selangor, isu orang asli di Kelantan, isu hakisan melayu di Pulau Pinang. "Ringgit semakin kukuh di pasaran meskipun dibuka pada kadar yang rendah" fuuh lega rasanya....ingat tadi negara dah nak bengkrap...Ditambah dengan kenyataan gabenor berambut putih, orang biasa (bukan ahli ekonomi) tak perlu ulas pasal ringgit... Baca media semasa Hari dan Melayu dirasakan negaraku sungguh aman dan makmur. Ada la sedikit rompakan, pembunuhan, pembuangan anak dan sebagainya...tapi ekonomi terus kukuh. Politik kian bertambah selamat... Tatkala sarapan pagi, mata tertumpu pada kaca televisyen lagi yang memaparkan nyanyian dan gelekan lemah anak gadis melayu bertudung yang ingin mencuba nasib menjadi artis...dengan komen pihak juri yang menggalakkan....hampir ma