Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 30, 2017

Antara RM500, RM1,000.00 dan 2 bulan setengah ....

Imej
Maka berkatalah tuan presiden cuepacs sebagaimana dipetik dalam portal Malaysiakini bertarikh 23 Mei 2017 (http://www.malaysiakini.com/news/383188)  bahawa kerajaan diminta untuk mempertimbangkan pembayaran bantuan khas hari raya berjumlah paling minimum sebanyak RM1,000.00. Kerajaan Selangor pula telah mengumumkan bonus hari raya kepada kakitangan awam negeri sebanyak 2.5 bulan gaji sebagaimana yang dilaporkan dalam media selangor. Namun ada yang mempersoalkan dari mana pula kerajaan selangor memperoleh wang sebanyak itu untuk membayar bonus kakitangan awam? Soalan ini sama seperti menyoal pemberi sedekah oleh yang menerima sedekah, "Dari mana tuan dapat duit memberi sedekah kepada saya?". Ataupun seolah menyoal majikan yang kita makan gaji setiap bulan, "dari mana tuan dapat duit membayar gaji saya setiap bulan?" Namun ironinya, kenapa yang bertanya tak pula bertanya kemana wang hasil mahsul kerajaan pusat selama ini pergi jika seqadar menghargai kaki