Kisah Aku & PPT Part 3 : Baru kau tau?
2007 banjir besar melanda negara, khususnya negara hujung tanah semenanjung emas. Organisasi penulis juga turut terlibat secara eksklusif dengan tragedi ini. Walau banjir berlaku, pejabat banyak yang tidak boleh dimasuki manusia, kerja tetap berjalan. Kami diarah untuk berada di lokasi yang tidak digenangi air. Tetapi ini bukanlah bermakna terpaksa duduk juga di hadapan meja menghadap monitor.. Tahun ini juga penulis baharu sahaja di arah bertukar ke pejabat besar kedua. Penulis di letakkan dalam satu unit kecil yang mempunyai tanggungjawab yang agak besar terhadap organisasi. Terdapat mesyuarat berkala yang akan berjalan mengikut jadual dan penulis adalah urusetia merangkap pencatat menit. Oh ya...antara tugas yang tidak boleh dipisahkan dari jawatan PPT ialah sebagai pencatat minit mesyuarat. Ada kalanya, PPT akan dilantik untuk urusetia beberapa jenis mesyuarat yang berbeza. Hal ini akan lebih ketara sekiranya berada di bahagian pentadbiran dan kewangan dimana terdapat banyak mesyua