Catatan

Tunjukkan catatan dari September 19, 2020

Solat Berjamaah PKPP

Imej
 2 Safar 1442 PKPP disambung sehingga akhir tahun 2020. Ini membawa maksud segala SOP berkaitan pencegahan covid diteruskan. Termasuklah antara amalan yang dikhususkan di dalamnya ialah memakai topeng tatkala berada di tempat² awam termasuk di dalam masjid. Antara yang menjadi topik hangat di kalangan ulama ialah pelaksanaan jarak ketika mengerjakan solat berjamaah kerana dikatakan bertentangan dengan suruhan asal oleh Nabi  ﷺ Daripada Abu Mas’ud RA berkata: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَحُ مَنَاكِبَنَا فِي الصَّلَاةِ، وَيَقُولُ: اسْتَوُوا، وَلَا تَخْتَلِفُوا، فَتَخْتَلِفَ قُلُوبُكُمْ Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW memegang bahu-bahu kami ketika hendak solat sambil berkata: Luruskanlah (saf kamu) dan jangan kamu berselisih sehingga hati kamu juga turut berselisih.”  Riwayat Muslim (432) Oleh yang demikian, ulama seperti Syakh Imran nazar Hosein menyatakan bahawa umat Islam kini telah dijebak oleh perangkap dajjal kerana melaksanakan solat berjamaah secara

Mengharapkan Sesuatu dari Muktamar Kali ke 66

Imej
 2 Safar 1441 Agak berat untuk menulis tentang gemulah parti yang pernah menjadi idola dan titik kecenderungan penulis secara beberapa dekad lampau. Ya, sejak penulis dikurniakan Ilahi nikmat iman dan islam, maka tiadalah penulis nampak akan jamaah yang mampu menjunjung cita² islami di negara ini, melainkan parti agama.  Penulis pernah terjebak menyintai Al Arqam suatu ketika dahulu dengan mengikuti gerakan tersebut sebagai pemerhati tetap yang condong menyokong mereka. Dengan kebanyakan datuk saudara bahkan moyang penulis sendiri terjebak secara aktif dengan jamaah tersebut, penulis juga hampir menyertainya jika tidak wujud bantahan daripada ahli keluarga terdekat. Namun, perjuangan mereka, ahli jamaah mereka, bacaan nasyid dan beberapa doa mereka senantiasa meniti di lidah penulis (bukan aurad Muhammadiyah) khususnya di sepanjang keberadaan di salah sebuah SBP sekitar tahun 1991-1991. Penulis tidak pernah menyertai parti agama secara formal. Hanya pernah menyertai usrah peringkat pen

Memandu bawah 60km

Imej
 2 Safar 1442 Penulisan di blog semakin longlai dan melemah. Kemalasan untuk menekan butang kekunci di komputer riba semakin menjadi². Sepatutnya di sepanjang percutian Covid 19, banyaklah perkara lagi yang boleh ditulis. Namun kepenjaraan seumpama tahanan di rumah sendiri tidak memberikan impak besar terhadap perkembangan minda. Mungkin bagi sesetengan orang, ianya satu laba untuk dunia penulisan. Semakin senang update status dan penulis di media sosial (medsos). tapi bagi sesetengah manusia seumpama penulis, pecutian Covid menjadi hambar, lebih² lagi bila melihat iklim politik negara menjadi tidak menentu, sama seperti isu perubahan iklim dunia. Peribahasa melayu, menang jadi arang kalah jadi abu , mungkin sangat relevan untuk menunjukkan iklim politik terkini sewaktu pra percutian covid itu... Apa yang hendak dikongsikan pada hari ini ialah pengalaman penulis menumpang sebuah grab dengan harga RM12 di sekitar kota kembar Gotham City atau mungkin kota inilah Gotham City yang realiti?