Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 9, 2013

Syawal menjengah jua...

Imej
Ya...tiada siapa pun yang mampu menolak kehendakNya. Meskipun semua makhluk bersekutu untuk menidakkan sesuatu perkara, tetapi jika ianya merupakan kehendakNya maka ianya pasti berlaku jua. Begitulah perjalanan bulan dan cakerawala serta masa. Ianya tunduk dan patuh menurut aturanNya.. Ramadhan akhirnya pergi meinggalkan kita. Entahkan kita boleh menemuinya lagi atau tidak...Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui... Kehadiran syawal sebagaimana lazimnya disambut dengan laungan takbir hari raya bernada sayu. Meskipun umat ini faham bahawa sambutan hari raya adalah petanda kemenangan umat menahan nafsu selama sebulan penuh, namun kejayaan dan kegembiraan meraikan kemenangan itu jarang diterjemahkan dalam alunan takbir hari raya. Ianya lebih sinonim dengan irama kesedihan dan kesyahduan. Ini kerana bangsa Melayu lebih senang meraikan syawal dengan kehadiran semua anak dan keluarga berkumpul bersama. Jika ada yang tidak dapat hadir di malam hari raya apalagi di pagi syawal, kesay