Jumaat Yang Terawal
Jumaat pertama untuk tahun ke tiga bagi hari ke empat berada di pulau tahanan. Pergh....baru empat hari rupenye...rasa macam dah lama bebeno berada di sini. Mungkin kerana keberkatan masa? Untuk makluman, dua jam berada di sini terasa seolah dah setengah hari berbanding sepanjang siang berada di rumah terasa seperti baru satu jam... Seawal jam 11.00 penulis telah bersiap untuk ke masjid. Ye lah, jarak masjid agak jauh dari Saujana Hiil Golf Resort ni...kalau nak kira menapak lah...tapi kalau menaiki tunggangan...kejap je...Lagipun mengambil iktibar pada Jumaat pertama tahun lepas. Turun pukul 12.30, tunggu punya tunggu bas tak muncul². Rupa² nya bas dah terlepas. Bas akhir jam 12.00 sebab pemandu nak solat Jumaat. Boleh terima ke alasan tu? Sebaik tiba di cafe, menikmati brunch yang berharga kurang dari RM5.00. Berlaukkan sayur, telur dadar dan juga hati pedal masak pedas... Seusai menikmati hidangan, bas kuning@bas geng bas sekolah sudah sedia menanti. Alhamdulillah.