Catatan

Tunjukkan catatan dari September 27, 2013

Kelas ketiga

Kelas ketiga berlangsung agak awal. Perbincangan sebagaimana yang telah dinyatakan di awal pertemuan kedua telah disebutkan. Masuk ke kelas, terus bergerak untuk pembahagian topik. Namun sebelum itu, selepas belajar dari kesilapan kelas kedua, dimana perlu diterangkan terlebih dahulu sebelum melaksanakan tugasan, sedikit maklumat dipaparkan di lcd buat tatapan. Kemudian pembahagian kumpulan. Rupanya lokasi pun masih belum mendapat persetujuan ramai. Maknanya proses kali ini kelihatan sedikit gagal. Dek kerana idea awal telah ditetapkan. Mereka menjadi sedikit kabur dan terbiar. Lebih-lebih lagi apabila diprovok oleh penulis. Mereka rupanya mudah terpengaruh dengan idea lain.  Maka terpecah pandangan mereka menjadi tiga. Satu golongan yang nampak mendominasi memberikan cadangan untuk rekreasi di hutan lipur mahupun kawasan gunung. Sekelompok lagi cuba mencadangkan untuk program anak angkat di mana-mana kawasan perkampungan. Hanya segelintir sahaja yang masih tegas dengan cadangan asal..

Kelas kedua

Kelas kedua penulis masih di kelas yang sama dan kondisi yang sama tanpa penghawa dingin. Entahkan rosak atau apa... Kelas dimulakan dengan taaruf ringkas bersama ahli kelas yang baru. Kemudian ialah sesi perbincangan di antara kumpulan yang telah dibentuk.  Pembentangan bermula jam 6 petang dan hanya berakhir sekitar jam 6.45 petang. Hampir kesemua kumpulan mempamerkan persembahan yang terpuji. Namun pembahagian tugasan diantara biro kelihatan masih kabur. Masih ada kumpulan yang mempunyai yang berat dan ada pula kumpulan yang kelihatan begitu mudah dan ringan sekali.  Penulis telah melontarkan idea untuk pelajar kali ini melaksanakan program di sekolah yang telah ditetapkan. Ia tidak seperti kumpulan sebelumnya. Penulis ingin mencuba kaedah terbaru. Idea awal dari penulis kemudian dikembangkan dengan inovasi pelajar. Kita tengok dahulu hasilnya. Setakat ini tiada sebarang bantahan yang berlaku...