Mercun dan kita
Mungkin setiap tahun kita sekurang-kurangnya akan dapat mendengar dentuman dan letusan mercun sekurang-kurangnya 3 kali dalam setahun, dengan dua kali letusan yang kuat, iaitu semasa sambutan hari raya eid fitr dan sambutan tahun baru cina. Namun sebenarnya, letusan ini tidak dapat menandingi letusan tahun baru cina, kerana sejak jam 11.00 malam lagi, bunyi itu telah bermula dan semakin menjadi-menjadi apabila tiba jam 12.00 malam. Tatkala penulis menulis entry ini pada malam tahun baru cina, bunyi dentuman mercun sedang menggila di sana-sini. Mereka tidak lagi membakar mercun merah berangkai seperti tahun-tahun sebelumnya. Mereka membakar mercun yang luar biasa bunyinya. Penulis seolah-olah berada di medan perang. Keesokan paginya apabila bertemu dengan beberapa orang kenalan, mereka juga memberikan rungutan yang sama!! Bunyi dentuman mercun tahun baru cina kali ini lebih hebat dan lebih gah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Tertanya-tanya pula di dalam minda, apakah pihak pemerintah