Catatan

Tunjukkan catatan dari November 26, 2015

LEGOLAND : Antara keseronokan dan ketakutan

Imej
Sehari sebelum parayaan Dewalee, penulis berkesempatan mengikuti rombongan sekolah kebangsaan ke Legoland, sebuah kota khayalan yang dimasyhurkan selaku sebuah taman tema utama di selatan negeri gapura selatan. Antara sebab utama pembinaan legoland di gapura selatan ialah untuk menarik pelancong ke negara ini. Ya...tujuan utama adalah pelancong...itulah sebabnya tiket melantun harganya.. Kami memulakan musafir ini seawal jam 0630 dengan menjadi keluarga pertama menaiki bas yang ditempah. Kami menuju ke sekolah tersebut untuk mengambil para pelajar dan juga guru. Tiba di sekolah tersebut kira-kira jam 0730. Kemudian kami meneruskan perjalanan dan berhenti sebentar di pasar awam untuk mengambil sebuah keluarga guru pengiring. Perjalanan kami diteruskan sehingga tiba ke stesen minyak milik negara di pinggir pintu masuk tol. Kemudian kami meneruskan perjalanan dan berhenti pula di R n R yang terhampir. Di situ, para pelajar dikehendaki makan bekalan yang disediakan iaitu nasi lema

Perang semakin hampir

Imej
Keadaan di timur tengah kelihatan semakin genting kini apabila salah sebuah negara NATO iaitu Turki dengan penuh berani menembak jatuh dua pesawat tempur milik Russia. Russia yang semakin aktif memainkan peranan di Syria membantu Assad dengan melancarkan beberapa serangan udara ke atas kubu² kuat pihak pemberontak. Di darat, pasukan militia syiah dari Iran dan juga pejuang Hizbollah Lebanon begitu bersemangat menggempur para musuh Assad.  Pihak pemberontak yang bercampur baur dengan golongan khawarij moden hingga mengelirukan banyak pihak. US yang bermain sembunyi-sembunyi di kalangan pejuang dengan memakai nama IS dan ISIS kelihatan sangat berhati² dalam krisis di Syria ini. Tidak seperti di Iraq, US kelihatan begitu menjaga penampilannya di Syria dengan hanya membantu dari belakang dengan membina reban² untuk membiakkan lagi pejuang IS dan ISIS yang terdiri dari anak² muda yang begitu dilusi dengan agama serta diserapkan dengan semangat anti syiah. Sayang s