Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 3, 2016

Majlis Akad Nikah - Antara Agama, Budaya dan Birokrasi

Dengan hanya sekali lafaz sahaja, sepupu kepada isteri penulis telah berjaya menjawat jawatan suami kepada isteri yang baru dinikahinya di petang Jumaat hari kedua dalam bulan sambutan kelahiran Junjungan Muhammad SAW di sisi perkiraan jumhur ulama mainstream semenanjung emas. Majlis yang dibuat secara amat sederhana itu turut dihadiri oleh ahli keluarga yang terdekat. Mungkin lafal bacaan akad nikah di hujung semenanjung emas ini agak panjang berjela berbanding negeri lain di bahagian utara hingga ke pantai timur serta pantai barat. Lafal yang digunapakai ialah, "Aku terima nikah fulanah binti fulan dengan maskahwinnya RM22.50 tunai/hutang" Andaikata pengantin lelaki hanya mengucapkan lafal, "Aku terima..." sahaja, tentu sang saksi yang menjadi syarat kepada pernikahan akan menjerit mengatakan TIDAK SAH...ULANG...walhal di dalam syariat, meskipun pengantin lelaki hanya mengangguk² kepala sahaja tanda bversetuju sudah dianggap dan diperkirakan sebagai sah. Bahk

Walimah dan Kita - Adat dan Agama

Imej
Tengahari Sabtu bersamaan hari ketiga dalam bulan kelahiran Junjungan Muhammad SAW mengikut perkiraan dan pandangan majoriti ulama mainstream di negara semenanjung emas, penulis berkesempatan menghadiri majlis walimah di salah sebuah dewan di tepi jalan utama, pekan satelit yang sibuk. Berkebetulan penulis diminta untuk membaca doa bagi majlis walimah tersebut. Wakil bapa pengantin menelefon penulis sejak selepas solat zuhur untuk melantik penulis sebagai pembaca doa. Penulis pada asalnya menjawab tidak berkesempatan kerana jarak dari masjid tempat solat zuhur dengan dewan tersebut sekitar 20 km dengan keadaan jalan yang sesak seperti biasa di waktu tengahari hujung minggu. Namun selepas tiga kali panggilan dibuat, penulis tiada sebarang pilihan lagi. Teks bacaan telah penulis pilih dari laman sesawang di tab kepunyaan penulis. Sebaik tiba di pintu masuk dewan, beberapa orang segera menghampiri penulis untuk menyampaikan hajat bapa pengantin bagi membaca doa majlis perkahwina