Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 19, 2018

SOP After Daily Prayer ...

Imej
Menjelang zuhur hari pertama bulan Jamadil Akhir, tatkala masyarakat majmu dalam negara semenanjung emas asih terpesona dengan perayaan lunar, limau manis (juga masam) dan juga tarian naga dan letusan mercun ... Penulis singgah di salah sebuah surau di pinggir kota berhampiran dengan stesen kenderaan awam berpusat. Berkebetulan, ada jenazah yang menunggu untuk disolatkan (betul ke istilah ni?) Seperti biasa, sang muazzin akan iqamah seusai dilihat semua jamaah yang hadzir telah selesai menunaikan solat sunat. Namun ada juga beberapa lokasi yang dilaporkan muazzin buat dek jek, kalo rasa nak iqamah, terus je, tak toleh kiri kanan lagi... Maka solat pun didirikan dengan sempurna. Seusai salam, maka sang imam meneruskan SOP biasa amalan ASWJ Aliran Asyairah Wa Maturidiah Konsep Asia Tenggara, iaitu dengan memperdengarkan bacaan wirid dengan suara kuat (hingga kedengaran ke stesen kenderaan awam). Namun, tiada ia membaca akan tasbih, tahmid dan takbir setiap satu 33 kali sebag