Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 15, 2013

Memerangi ajaran sesat?

Imej
Mutakhir ini para ulama yang mendokong fatwa mazhab sunni-masionalis semakin garang di persada untuk memenuhi tuntutan pemerintah mereka bagi memerangi kebejatan fahaman sesat saudara mereka sendiri dari kalangan syiah. Apabila pembesar mereka semakin bersemangat membantai pimpinan parti politik yang berbeza fahaman dan anutan dengan menngunakan senjata syiah, membuatkan penulis teringatkan keadaan yang berlaku dalam zaman kekuasaan daulah abasiyyah di bawah pimpinan khalifah Harun Al Rasyid tatkala para pembesarnya beserta ulamanya juga sedang giat memerangi syiah hingga antara yang dituduh ialah Al Imam Muhammad bin Idris As Syafie sendiri. Akhirnya setelah disoal siasat oleh khalifah sendiri, beliau akhirnya terbebas dari tuduhan liar tersebut. Kini hampir gegak gempita negara dengan isu ini. Apabila pihak yang berwajib menyenaraikan beberapa perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu disahkan sebagai seorang syiah, maka ianya ternyata lebih mengelirukan ramai umat. 

10 tahun sama dengan sehari?

Imej
Tuan Guru Mudir Madrasah Arabiah di salah sebuah daerah di hujung semenanjung emas dalam menjawab salah satu soalan sesi kuliyyah maghrib baru-baru ini menceritakan bahawa teman- teman beliau yang ramai berada di Saudi menyatakan bahawa di negara Saudi, bilangan jenayah yang berlaku sepanjang 10 tahun adalah sama dengan jenayah yang berlaku sehari di US!! Bagaimana hal itu bisa berlaku? Ini adalah keberkatan pelaksanaan hukum hudud. Meskipun Saudi tidak melaksanakannya dengan adil dengan menghukum mengikut pilihan, iaitu yang dikenakan hudud biasanya orang bukan arab manakala yang Arab dielakkan, namun Allah tetap menurunkan kegerunan dalam dada penjenayah... Satu ketika seorang Yahudi bertemu dengan Rasulullah SAW dan bertanya mengenai hukuman ke atas orang yang berzina di kalangan mereka. Maka Rasulullah SAW bertanya, "Apakah hukuman di dalam taurat kamu?" Mereka menjawab, "direjam sehingga mati" Selepas daripada itu, yahudi tersebut keluar dalam keadaan tidak ber