Pendedahan Adik Syiling mempamer kredibiliti pengurus zakat
Oleh Rizanizam Abdul Hamid Kuala Lumpur: “Adik kumpul duit syiling sejak tadika sebab nak bayar yuran sekolah. Duit tak laku, yang satu sen pun adik pungut masuk tabung sebab adik nak kaya, boleh belajar kat Mesir jadi doktor,” kata Nur Khatijah Abdullah. Dia yang lebih mesra disapa Tijah, 7, berkata, tiada siapa mendidiknya mengenai amalan menabung sebaliknya kesedaran itu timbul selepas melihat kepayahan hidup nenek dan datuknya membesarkannya sejak kematian ibu akibat penyakit tibi. “Mak meninggal dunia ketika Tijah umur dua tahun, ayah pula tak ada. Nenek kerja tukang cuci, tok wan (datuk) tak kerja sebab sakit jadi Tijah kesian, masa tadika Tijah kumpulah duit sendiri untuk masuk tahun satu. “Tijah cakap kat nenek Tijah nak belajar sampai Mesir nanti boleh jadi doktor, boleh ubatkan sakit tok wan,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Taman Dagang di sini semalam. Kisah murid Sekolah al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Integrasi Ar Rahmaniah, Taman Dagang, Ampang it