Suatu malam di jalan TAR
Lewat tengah malam, penulis masih berada di ibu kota negara dambaan dan sanjungan negara² Islam sedunia. Penulis masih lagi tercari-cari kawasan letak kereta buruk hitam yang dibawa berjalan jauh seawal pagi Jumaat lagi. Kereta yang baharu sahaja diberikan pembedahan kecil. Kalau sebelum ini, kendatipun telah ditukar tangki radiator berulang kali, namun masih menunjukkan penyakit yang sama, air dalam radiator senantiasa menurun, tampaknya kali ini sudah agak pulih. Ianya telah diuji lari semasa penulis berulang alik dari ibu negeri Jauhari selatan ke rumah penulis hampir setiap hari. Dan hampir setiap pagi selama dua minggu, penulis akan memulakan pergerakan kenderaan tersebut dengan membuka bonet hadapan dan memeriksa paras air di dalam tangki radiator. Alhamdulilla, keadaan telah menjadi seperti biasa. Air masih tetap di aras yang sama. Ya...selepas berhabis sebanyak RM1,400.00 !! Akhirnya selepas membuat beberapa pusingan, kereta ini berjaya mendapat lokasi letaknya. Di