Ini pewaris generasi?
Tatkala menyusuri ruang pejalan kaki di sebuah institusi untuk menuju ke rumah Allah, penulis terserempak dengan beberapa orang pemuda dan pemudi yang merupakan warga paling muda di institusi tersebut berbual sambil berjalan menuju ke laluan membelakangkan rumah Allah. Walaupun tatkala itu, azan sedang berkumandang, namun tiada sebarang reaksi yang menunjukkan mereka ini dengar, atau hormat atau sekurang-kurangnya diam tanpa bercakap bagi memuliakan panggilan agung itu. Penulis terfikir , apakah ini bakal pewaris generasi ? Apakah ini pemimpin yang mahu kita lahirkan bagi memimpin anak dan cucu penulis sendiri? Dan tatkala melangkah pulang dari masjid, sekali lagi terserempak dengan golongan ini. Pemuda dan pemudi yang sama. Kelihatan berbual agak mesra. Sambil si pemudi memegang beg galas pemuda. Seperti adik beradik lagaknya. Tetapi mereka tiada sebarang hubungan yang menghalalkan aktiviti mereka itu sebenarnya. Ini adalah generasi pewaris. Mereka ini pernah mend