sarapan pagi : belakang coro
14 Jamadil Awwal tahun ke 1442 hijrah ar rasul Sarapan pagi di lokasi belakang coro...Lokasi belakang coro memang telah dikenali oleh penduduk asal pekan kembar Gotham City ini. Bahkan penduduk yang berada di luar daerah juga sudah gagal untuk mengetahui lokasi yang dikatakan sebagai belakang coro itu.. Asal mula perkataan lokasi belakang coro adalah disebabkan ianya terletak di bahagian belakang sebuah bangunan panggung wayang lama di tengah kota metropolitan kembar Gotham-City. Panggung wayang tersebut dikenali sebagai panggung wayang coronation. Maka pada waktu zaman kegemilangannya, belakang coro menempatkan deretan kedai² milik tiga bangsa yang disusun mengikut deretan. Kedai² melayu menempatkan kedai jahit, kedai gunting rambut, kedai jualan pelbagai keperluan (tapi bukan kedai runcit). Kedai tionghua juga menempatkan kedai jualan barang keperluan seperti perabut juga terdapat kedai makan milik mereka. Terdapat juga gerai menjual makanan untuk sarapan pagi yang disediakan panas