Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 11, 2013

Bagaimana menjadi baik?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah caranya hendak menjadi seorang yang baik? Apakah kriteria yang menyebabkan seseorang itu dinobatkan sebagai baik? Adakah dikatakan baik itu ialah seseorang yang rajin dan pandai belajar sahaja? Ataukah yang dikatakan baik itu bila menjadi kaya wa raya? Ibn Abbas salah seorang sahabat besar Rasulullah SAW ada formulanya. Formula ini diterima daripada sebaik-baik manusia yang diketahui oleh semua umat baik di timur mahupun di belahan barat. Manusia itu tidak lain dan tidak bukan adalah junjungan besar Muhammad b Abdullah SAW sendiri... Baginda ada menyatakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa apabila seseorang itu dikehendaki Allah menjadi baik maka dia akan menjadi seorang yang faham akan agamanya... Nah...rupanya apabila seseorang itu faham akan agama, maka dia pasti akan menjadi seorang yang baik. Maka tidaklah menjadi syarat untuk faqih tentang agama itu perlu mendaftar menjadi salah seorang pelajar universiti