Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 5, 2022

JURNAL III : KEHIDUPAN SHAH PEKAN 1992

Minggu orientasi sudah beberapa hari berlalu. Telur yang digenggam di tangan mungkin dah masak agaknya, ataupun mungin akan menetas dalam beberapa hari lagi. Maklumlah, asyik dikelek ke hulu ke hilir tanpa berenggang. Untuk mencukupkan syarat mendapatkan tandatangan kesemua guru dan pengawas agak sukar kerana ketidak cukupan masa dan juga kalau dapat bertemu pengawas sekalipun, terlalu banyak syarat yang diberikan hingga akhirnya terlepas begitu sahaja.  “telur kau dah cukup ke dapat sign?” “Mana nak cukup….susah la nak dapat…” “aku dengar ada yang dapat hampir penuh…” “Siapa?” “Adik angkat KP lah…” Perbualan yang dapat kutangkap tatkala menghadap makanan tengahari di dewan makan. Siapa pula adik angkat KP nih? “entah...katanya si Aren…” “oh…” aku dapat terbayang wajah lelaki tersebut yang agak pemurah dengan senyuman. Petang tersebut, sebelum berakhir waktu prep, kami telah menerima arahan untuk turun semula ke dewan besar dengan berpakaian riadah lengkap. “Hari in

JURNAL II : KEHIDUPAN SHAH PEKAN 1992

Seawal jam 5 pagi, aku dan rakan-rakan junior form-four sudah bangun. Tidur malam tadi juga tidak berapa enak. Al maklumlah, tilam dan bantal tidak sama dengan apa yang ada di rumah. Senior lain kelihatan masih asyik beradu di atas katil masing-masing. Kami bergerak dalam kesamaran. Lampu tidak ada siapa yang berani hendak hidupkan.  Di bilik air, suasana agak sibuk dengan wajah-wajah junior . Memang tiada seorang senior pun yang mahu bangun seawal itu. Kami menjadi golongan awal yang begitu bersemangat. Entahlah semangat itu hanya untuk hari pertama sahaja atau berterusan sehingga ke hari terakhir persekolahan kelak. Seusai mandi, kira-kira jam 5.30 pagi, kedengaran loceng dibunyikan oleh seseorang. Ini diikuti oleh suara daripada bawah melalui heller untuk mengejutkan seluruh warga kampus SBP. “Bangun!! Bangun !!” perkataan itu diulang entah berapa puluh kali melalui heller. DIselang seli dengan bunyi siren dan juga loceng. Hingar bingar dan gegak gempita ruang asrama sebelu